Welcome To SK Renok Baru, Gua Musang.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENATAP BLOG INI...

Friday, February 18, 2011

PERTUKARAN GURU BESAR 2011

RENOK BARU : Pada Rabu 16 Feb 2011, EN. AZLAN BIN RAMLI Guru Besar SK Jeram Tekoh, Gua Musang telah hadir melapor diri sebagai Guru Besar baru SK Renok Baru menggantikan Guru Besar terdahulu, En. NASIR BIN MUSA... yang bertukar ke SK SRI WANGI, GUA MUSANG.
MEMO pertukaran bermula 1 Februari 2011 lepas.

En. Nasir Musa mula berkhidmat di SK Renok Baru pada 16 Ogos 2005. Sepanjang masuk 6 tahun perkhidmtan beliau, banyak kejayaan yang telah dicapai. Antaranya dalam bidang akademik, SKRB telah mencapai bilangan murid 5A dalam UPSR terbaik pada tahun 2009 seramai 6 orang. Gred Purata Sekoah terbaik dicapai pada 2010 iaitu 2.66. Manakala pencapaian dalam subjek UPSR telah melonjak terbaik bermula tahun 2007 hingga 2010 lepas.

Dalam bidang lain, sekolah telah berjaya meningkatkan pencapaian dalam Pengurusan Bilik BOSS - wakil PPD Gua Musang tahun 2009, Wakil Gua Musang dalam Pertandingan kantin 2010 dan naib Johan Sepak Takraw 2010.

SKRB terasa kehilangan beliau dan semoga dengan kehadiran Guru Besar baru akan meneruskan kesinambungan kecemerlangan sekolah.

Semoga Beliau dapat berkhidmat lebih baik di sekolah baru demi kejayaan anak-anak didik semua.


Difahamkan Majlis ringkas perpisahan Guru Besar akan diadakan pada 21hb Februari dan Rombongan menghantar Guru Besar ke sekolah baru pada 22hb Februari.......


SELAMAT BERPISAH ... JASA MU TETAP DI KENANG.


Dari....
Wakil Sekolah...

No comments:

Post a Comment